FAKTA PERSATUAN
Sejarah Penubuhan
Persatuan ini telah ditubuhkan oleh seramai 13 orang penternak dari negeri Johor Darul Takzim yang berminat didalam membangunkan dan mengembangkan industri ternakan arnab di Malaysia khususnya di Negeri Johor Darul Takzim tidak kira dari segi skala yang besar-besaran atau sekadar hobi didalam memelihara haiwan yang menarik ini.
Pada tanggal 4hb Julai 2010 pada waktu 9:30 malam satu mesyuarat penubuhan Pertubuhan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kempas , Johor Bahru bagi merealisasikan impian untuk bersatu dibawah satu Pertubuhan. Pada awalnya nama Pertubuhan ini dipilih sebagai "Komuniti pencinta Arnab Selatan" tetapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal dan turut dinasihatkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia maka nama pertubuhan terpaksa diubah kepada "Persatuan Pencinta Arnab Johor". Maka pada 05hb Ogos 2010 borang pendaftaran berserta dengan segala dokumen yang diperlukan untuk menubuhkan persatuan telah dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Johor Bahru.
Pada 2hb Oktober 2010, Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan sijil dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia.JAWATANKUASA PENUBUHAN PROTEM
Yang DiPertua
En.Hairul Nizam Bin Tumin
Naib Yang DiPertua
Dr.Kamarul Akmal Arif Bin Abdul Manaf
En.Mohammad Fahqrudin Bin Haji Ahmad
Penolong Setiausaha
En.Mohammad Nur Azhar Bin Ngah
Bendahari
En.Shafik Bin Mohammad Anas
Ahli Jawatankuasa
1. En.Nurul Azlan Bin Samsuddin
2. En.Ungku Abdul Rahim Bin Ungku Abdul Hamid
3. En.Rohaizam Bin Alwi
4. En.Mohammad Maarof Bin Hussain
5. Pn. Junaidah Bt Embok Dalik
0 comments:
Post a Comment