PROMOSI



KEPADA SEMUA AHLI DIHARAP DAPAT COPY AND PASTE LOGO INI KE BLOG ANDA. TERIMA KASIH

JEMPUTAN UNTUK SEMUA

Kami dari persatuan pencinta arnab johor ingin menjemput kepada semua penternak, pencinta, peminat atau mana-mana badan atau pertubuhan untuk turut serta menjadi ahli persatuan pencinta arnab johor. Sila hubungi pihak urusetia pendaftaran atau emailkan kepada arnabjohor@gmail.com untuk mendaptakan borang pendaftaran ahli.

Setiausaha Persatuan

Popular Posts

PERSATUAN


Sejarah Penubuhan

     Persatuan ini telah ditubuhkan oleh seramai 13 orang penternak dari negeri Johor Darul Takzim yang berminat didalam membangunkan dan mengembangkan industri ternakan arnab di Malaysia khususnya di Negeri Johor Darul Takzim tidak kira dari segi skala yang besar-besaran atau sekadar hobi didalam memelihara haiwan yang menarik ini.
    Pada tanggal 4hb Julai 2010 pada waktu 9:30 malam satu mesyuarat penubuhan  Pertubuhan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kempas , Johor Bahru bagi merealisasikan impian untuk bersatu dibawah satu Pertubuhan. Pada awalnya nama Pertubuhan ini dipilih sebagai "Komuniti pencinta Arnab Selatan" tetapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal dan turut dinasihatkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia maka nama pertubuhan terpaksa diubah kepada "Persatuan Pencinta Arnab Johor". Maka pada 05hb Ogos 2010 borang pendaftaran berserta dengan segala dokumen yang diperlukan untuk menubuhkan persatuan telah dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Johor Bahru.
     Pada 2hb Oktober 2010, Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan sijil dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


JAWATANKUASA PENUBUHAN PROTEM


Yang DiPertua      
En.Hairul Nizam Bin Tumin 

Naib Yang DiPertua     
Dr.Kamarul Akmal Arif Bin Abdul Manaf 

Setiausaha 
En.Mohammad Fahqrudin Bin Haji Ahmad 

Penolong Setiausaha     
En.Mohammad Nur Azhar Bin Ngah 

Bendahari  
En.Shafik Bin Mohammad Anas 

Ahli Jawatankuasa      
1. En.Nurul Azlan Bin Samsuddin 
2. En.Ungku Abdul Rahim Bin Ungku Abdul Hamid
3. En.Rohaizam Bin Alwi
4. En.Mohammad Maarof Bin Hussain 
5. Pn.  Junaidah Bt Embok Dalik

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEAHLIAN

1)      Keahlian Pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai minat terhadap arnab. Keahlian Pertubuhan terbahagi kepada 2 :

i.                    Keahlian Individu
-          Hanya untuk individu berumur 19tahun keatas sahaja
-          Layak untuk 1 undi yang tidak boleh dipindah milik didalam mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa
ii.                  Keahlian Remaja
-          Hanya untuk individu yang berumur 18 tahun kebawah sahaja
-          Tidak layak untuk mengundi didalam apa saja mesyuarat dan tidak layak memegang apa-apa juga jawatan di dalam Pertubuhan
-          Harus mendapatkan pengesahan kebenaran menjadi ahli daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menjadi ahli Pertubuhan

Sila dapatkan borang keahlian dengan menghubungi Setiausaha Persatuan atau download disini:

borang keahlian
http://www.ziddu.com/download/12106912/borang.pdf.html
syarat penyertaan

 Sila kembalikan borang yang telah siap diisi kepada:

Setiausaha Persatuan Pencinta Arnab Johor
No.4, Jln Berlian 27
Taman Renggam Jaya
86200, Simpang Renggam
Johor Darul; Takzim

* borang permohonan tidak akan diproses selagi bukti pembayaran belum diterima oleh pihak persatuan


----------------------------------------------------------------------------------------


UNDANG-UNDANG TUBUH

PERSATUAN PENCINTA ARNAB JOHOR


KANDUNGAN

FASAL 1          NAMA
FASAL 2         TEMPAT URUSAN
FASAL 3         BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
FASAL 4         TUJUAN DAN MATLAMAT
FASAL 5         KEAHLIAN
FASAL 6         BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
FASAL 7         PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 8         MESYUARAT AGUNG
FASAL 9         JAWATANKUASA
FASAL 10       KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
FASAL 11       KEWANGAN
FASAL 12       PEMERIKSA KIRA-KIRA
FASAL 13       HARTA TIDAK BOLEH DIALIH
FASAL 14       TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15       PENASIHAT/ PENAUNG
FASAL 16       LARANGAN
FASAL 17       PINDAAN UNDANG-UNDANG
FASAL 18       PEMBUBARAN



UNDANG – UNDANG
BAGI PERSATUAN PENCINTA ARNAB JOHOR



FASAL 1        NAMA
                       
(1)   Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN  PENCINTA ARNAB JOHOR
(2)    Selepas ini disebut “Pertubuhan”.           


FASAL 2        TEMPAT URUSAN BERDAFTAR

(1)   Alamat dan tempat urusan berdaftar Pertubuhan ialah di No.4, Jalan Berlian 27, Taman Renggam Jaya, 86200 Simpang Renggam Kluang, Johor, atau ditempat atau tempat-tempat lain  yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa
(2)   Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3        LAMBANG

1)     Rekabentuk
Pertubuhan ini akan menggunakan lambang rekabentuk yang menyerupai seperti telinga arnab menggunakan garisan yang berwarna biru dan tulisan rumi “Persatuan Pencinta Arnab Johor” yang berwarna merah dan biru
2)      Keterangan
Pemilihan rekabentuk telinga arnab adalah kerana Pertubuhan ini ditubuhkan untuk peminat dan penggiat haiwan terbabit dan tulisan rumi yang terdapat pada lambang Pertubuhan adalah untuk memudahkan nama Pertubuhan ini dikenali.
Warna biru yang dipilih pada rekabentuk lambang dan tulisan rumi membawa maksud keharmonian diantara ahli Pertubuhan dan warna merah pada tulisan rumi membawa maksud semangat dan keberanian pertubuhan untuk membangunkan penternakan arnab. Warna merah dan biru juga dipilih adalah kerana Pertubuhan ini ditubuhkan di negeri Johor supaya menyerupai warna bendera Negeri Johor Darul Takzim



FASAL 4        TUJUAN / MATLAMAT

1)      Mengumpul individu-individu yang mempunyai minat untuk membangun, mengembangkan dan bekerjasama didalam menaiktaraf penternakan dan pemeliharaan arnab di Malaysia didalam satu Pertubuhan
2)      Sebagai satu badan rujukan untuk ahli Pertubuhan mendapatkan maklumat, pengetahuan dan produk berkenaan arnab.
3)      Mempromosi dan memperkenalkan arnab di Malaysia
4)      Sebagai satu wakil atau medium perantaraan antara ahli dan jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, korporat atau mana-mana individu atau berkumpulan yang berminat untuk turut serta terlibat.
5)      Melindungi dan menjaga hak serta kepentingan ahli-ahli Pertubuhan
6)      Menambah tabung kewangan Pertubuhan melalui kutipan derma untuk tujuan Pertubuhan dengan syarat mendapatkan kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.
7)      Memohon, menyewa, memperolehi, memajak dan memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta untuk tujuan Pertubuhan dengan syarat mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu. (jika berkenaan sahaja)
8)      Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam saluran yang dijamin oleh kerajaan:
“Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini dan tidak sebahagiannya pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar sebarang faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja Pertubuhan.



FASAL 5        KEAHLIAN

1)      Keahlian Pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai minat terhadap arnab. Keahlian Pertubuhan terbahagi kepada 2 :

i.                    Keahlian Individu
-          Hanya untuk individu berumur 19tahun keatas sahaja
-          Layak untuk 1 undi yang tidak boleh dipindah milik didalam mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa
ii.                  Keahlian Remaja
-          Hanya untuk individu yang berumur 18 tahun kebawah sahaja
-          Tidak layak untuk mengundi didalam apa saja mesyuarat dan tidak layak memegang apa-apa juga jawatan di dalam Pertubuhan
-          Harus mendapatkan pengesahan kebenaran menjadi ahli daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menjadi ahli Pertubuhan


2)      Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Read more...

Muar

Johor Bahru

Kulai

Kluang

PERHATIAN

-PERSATUAN INI TIDAK DITUBUHKAN SEMATA-MATA UNTUK AHLI DARI NEGERI JOHOR SAHAJA. KAMI SANGAT-SANGAT MENGALU-ALUKAN PENTERNAK, PENCINTA ATAU PENGGIAT HAIWAN INI DARI NEGERI LAIN UNTUK TURUT SERTA BERSAMA-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP