PROMOSI



KEPADA SEMUA AHLI DIHARAP DAPAT COPY AND PASTE LOGO INI KE BLOG ANDA. TERIMA KASIH

JEMPUTAN UNTUK SEMUA

Kami dari persatuan pencinta arnab johor ingin menjemput kepada semua penternak, pencinta, peminat atau mana-mana badan atau pertubuhan untuk turut serta menjadi ahli persatuan pencinta arnab johor. Sila hubungi pihak urusetia pendaftaran atau emailkan kepada arnabjohor@gmail.com untuk mendaptakan borang pendaftaran ahli.

Setiausaha Persatuan

Popular Posts

BERITA TERKINI




................................................................................................................................................................


Mesyuarat Agung Pertama pertubuhan akan diadakan pada 30hb Oktober 2010 bertempat di Alamat Pendafatarn pertubuhan iaitu di NO.4,JLN BERLIAN 27, TAMAN RENGGAM JAYA 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR DARUL TAKZIM

untuk sebarang maklumt lanjut sila hubungi kami di email arnabjohor@gmail.com


............................................................................................................................................................


Assalammualaikum & salam sejahtera buat semua ahli-ahli "ARNAB JOHOR".

Syukur alhamdulillah dengan tetubuhnya Persatuan Pencinta Arnab Johor @ ARNAB JOHOR, kami AJK persatuan amat mengalu-alukan kesudian tuan-tuan & puan-puan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan. Semoga dengan adanya anda semua dapat lagi menjadikan ARNAB JOHOR lebih pro-aktif dengan idea-idea baru juga dapat merangka aktiviti-aktiviti yang positif untuk kebaikan semua ahli dan merapatkan silaturahim di kalangan kita PENCINTA ARNAB.

Lebih kurang dua bulan yang lalu dengan bantuan seorang rakan penternak dari Selangor iaitu saudara Iceburn pemilik ARNAB KIUT RABBITRY dan juga SOUTHERNSTAR RABBIT FARM Kulai, pihak ARNAB JOHOR telah dihubungi oleh seorang eksekutif dari IOI Mall Kulai, Johor. Tujuan beliau menhubungi kami adalah kerana ingin mengadakan program kerjasama diantara IOI Mall Kulai & ARNAB JOHOR untuk menjayakan program pameran, jualan dan yang penting sekali pertandingan arnab hias yang julung kalinya diadakan di negeri Johor ini sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 yang juga merupakan tahun arnab di kalender Cina.

Pihak ARNAB JOHOR amat berbesar hati dengan proposal tersebut kerana sememangnya ARNAB JOHOR sudah pun bercadang untuk menganjurkan aktiviti yang sedemikian. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui kerana sebaik sahaja ARNAB JOHOR diiktiraf sebagai pertubuhan atau persatuan yang sah di segi undang-undang Malaysia di majlis penyerahan sijil persatuan pada 2hb Oktober 2010, proposal dari pihak IOI Mall tidak dapat kami tolak. Setelah beberapa perjumpaan & perbincangan di antara ARNAB JOHOR bersama IOI MALL maka satu persetujuan telah diambil iaitu THE IOI MALL RABBIT SHOW 2011 akan dianjurkan pada 22hb & 23hb Januari 2011 bertempat di IOI Mall sendiri.

Pihak ARNAB JOHOR amat mengalu-alukan ahli-ahli yang ingin bersama-sama mengembeling tenaga dan masa demi menjayakan program tersebut. Segala pertanyaan dan butiran boleh diajukan kepada pentadbir blog atau terus kepada Tuan Setiausaha ARNAB JOHOR sendiri.

Semoga dengan kerjasama dari semua ahli, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana ini merupakan satu titik tolak untuk lebih mempromosikan ARNAB JOHOR kepada pencinta arnab setempat secara amnya selain dari menentukan masa depan ARNAB JOHOR khasnya.

Akhir kata, semoga kita semua dapat bertemu di Majlis tersebut kelak dan mendapat manafaat sambil meraikan haiwan yang kita semua CINTAI iaitu arnab/kelinci/rabbit/kaninchen.....

Sekian, Wasallam.

Read more...

Muar

Johor Bahru

Kulai

Kluang

PERHATIAN

-PERSATUAN INI TIDAK DITUBUHKAN SEMATA-MATA UNTUK AHLI DARI NEGERI JOHOR SAHAJA. KAMI SANGAT-SANGAT MENGALU-ALUKAN PENTERNAK, PENCINTA ATAU PENGGIAT HAIWAN INI DARI NEGERI LAIN UNTUK TURUT SERTA BERSAMA-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP